Monday, June 9, 2025

Design Your Rich Life

Assalamualaikum wbkh, selamat hari raya haji semuaaaa

Seperti di subjek, apakah pengertian hidup kaya bagi anda ?

Ada orang hidup kaya bermaksud ada rumah dan kereta besar. 

Ada orang hidup katanya adalah tiada hutang, boleh berbelanja sesuka hati, travel ke mana² tanpa memikirkan tahap atau tabungan kerana sudah mencapai status kewangan stabil...

Untuk aku, hidup kaya seperti poin-poin berikut ;
  • bebas hutang
  • bebas berbelanja (makan, travel etc)
  • tabungan pendidikan + tabungan  survive selepas belajar anak²
  • tabungan persaraan

Bunyik macam banyak, aku pun tak rasa aku boleh capai semua ni. Tapiiii, aku percaya kalau aku benar² fokus, InsyaAllah akan Allah bantu aku dan family untuk capai semua ini.

Kalau nak memikirkan keupayaan kewangan aku dan suami , jika kami benar² bergantung kepada pendapatan sedia ada, memang segala di atas tak akan dapat dicapai. 

Ada beberapa video pakar kewangan yang sudah aku tonton untuk rujukan, luar dan dalam negara. Kalau luar negara, most favourite was these 2 videos in Netflix, Get Smart With Money, & How To Get Rich.

Pakar kewangan dalam negara yang aku dah mula follow rapat, Dr Adam Zubir. Penyampaian dan pembawakan yang lebih santai dan tak 'berat'. Sesuai untuk tontonan semua lapisan umum. Dr Adam ada video di youtube, dan di Spotify, boleh check dan tonton bila² masa korang free.

People said, " Don't show them your plans, but show then your results". Well it do said something there. Aku pun dah takda nak overshare apa² dengan sesiapa, I've learn it from my many years lack of realization and always in deniable yang adanya orang yang taknak dengar pun plans dan impian kau. Jadi kalau ada at least 'seorang' yang boleh kau bercerita, kau dah dikira beruntung ðŸ˜Š

Maka dengan segala idea dari Allah, aku sambung semula bisnes lipat dan menggosok baju aku. Kalini InsyaAllah lebih berfokus, and more scalable.

Andai ada antara korang yang memikirkan bagaimana nak membawa lebihan duit ke dalam account bank dengan cepat adalah dengan lihat sekeliling dan diri sendiri, apa yang boleh dibuat dengan segala skil/material di tangan.

Kalau rasa dengan pet-sitting/kid-sitting boleh menambah pendapatan (plus you memang sayang dan suka haiwan/budak²) then do the sitting.

Kalau you suka baking, you suka arts, you boleh mengajar tuisyen, you boleh menjahit, atau you boleh bawak motor/kereta untuk buat rider service, start immediately, jangan tunggu² lagi.

Say it to yourself, NO MORE WAITING. I must start now. Even though ko rasa was², tapi yakinlah pada diri sendiri dan Allah yang segala pengalaman dan skil ko sebenarnya dah cukup untuk ko cari side income. Manalah tahu dari side income terus jadi main income pula ðŸ˜‰☺️

Andai ada sesiapa yang mahukan pendapat atau mahu bercerita, boleh emel kepada ke : syakierarusli@gmail.com. I am more than please to listen and share whatever ideas may come between us, and with those ideas boleh bantu meringankan kekusutan dan boleh bantu bina kewangan korang sedikit demi sedikit, InsyaAllah ðŸ™‚

Salam sayang kepada ibu², para isteri di luar sana yang berjuang untuk ekonomi family. Juga kepada yang belum dan bakal menjadi isteri, adalah sangat afdhal untuk bermula sekarang. Cari side income, atau cari apa bakat diri sendiri yang boleh digunakan untuk menambah pendapatan/tabungan.

Good luck everyone ~ ðŸ™‚

Kind Regards,
Syakierah Rusli


No comments:

Post a Comment

Design Your Rich Life

Assalamualaikum wbkh, selamat hari raya haji semuaaaa Seperti di subjek, apakah pengertian hidup kaya bagi anda ? Ada orang hidup kaya berma...