Tuesday, June 3, 2025

ber-mukaDIMAH 😊

Mak anak empat, masih bersuami satu. Dari usia 8 tahun suka menulis. Sebab suka menulis kerana tak pandai melukis. 

Maaf guna kata ganti diri 'aku'. Bila aku selesa, aku guna aku. Bila aku tak selesa, aku guna kata ganti diri 'Tuan/Puan/Cik/kami...

Currently 38 y/o, but level otak sometimes felt like 18. Kadang gaduh ngan suami, kadang gaduh ngan anak-anak

Makin tua makin nonchalant. Taktau pasaipa, pembawakan usia tua mungkin.

Claim diri sebagai obese berjaya. Bangun, mandi, siapkan anak-anak, selepas hantar semuanya ke sekolah otak auto plan for breakfast, lunch and dinner..sometimes supper include (all planned during AM time)

Sedang seberusahanya untuk tidak compare diri dengan orang lain. Allah Maha Baik untuk atur setiap saat hidupku hingga kini. Aku cuma mahu menjadi hambaNya yang bersyukur.

Lately amat suka dengan videos tentang financial (lagi 1 tanda-tanda penuaan). Kadang share dengan suami vids yang ditonton, after 5 mins of explaining suami confirm tak masuk apa pun, sebab suami pun sama umur dah sampai tanda-tanda penuaan pada diri beliau.

Suka makan, dah kawen haruslah suka masak juga. But I am an emotional person. Ikut arah angin bab memasak.

Time angin pus pus aman damai, kadang sampai terlebih rajin aku buat manual / SOP untuk pelbagai perkara

Bertahunan kat dalam kepala, maka tujuan blog adalah untuk share segala manual / SOP yang sudah aku draft di buku-buku nota free yang dapati dari syarikat insuran.

So the list goes like this (or these)  ;


satu : keperihalan urus tadbir rumahtangga. Antara topik -

  • menu-menu simple (kari, kurma, sup, sambal, masak kicap, dll) - di bawah title menu ada juga aku selitkan jadual memasak. Ini utk memudahkan para isteri untuk mengurangkan masa berfikir, masa grocery shopping, dan masa untuk meal prep

  • SOP / Jadual house chores - time takda anak, atau anak sorang ko boleh lagi berguling-guling, tapi bila ko takda family planning yang betul, sumpah aku cakap masuk anak kedua dan seterusnya ko takda masa dah nak berguling. Boleh jadi semasa kau tidur pun kau masih teringat-ingat baju yang tak dibasuh, dishes penuh di sinki tak dicuci, baju anak sekolah/nursery yang masih belum disiapkan, & the list goes on....... 

dua : family financial planning

bab ini pun aku masih dalam pembelajaran sendiri. tapi antara points yang boleh aku share setakat self-learn via netflix, podcasts dsbnya adalah seperti berikut ;

  • if you were living paycheck to paycheck, tabungan haruslah dibahagikan kepada bahagian-bahagian berikut - 1-house bills 2-suami/isteri bill (PL, hire purchase etc), 3-spending account (groceries, house need - sabun syampu etc), 4-emergency savings, 5- dream savings
  • insurance - ikut mana mampu. Ada cover for hibah, medical card, life, accidents. Bab insurance ni aku pun tak dapat nak kupas dalam, tapi 1 thing for sure pada aku keperluan untuk diadakan insurance ini. But like I said, ikut mana mampu. Apa-apa jua boleh berlaku in future, but still perlu sentiasa doa yang kesemua ahli keluarga kita baik-baik sahaja, InsyaAllah ðŸ˜Š
  • side earn money for low income, or high commitment people. Sad but true, bila gaji tak proportionate dengan harga barangan semasa, memang boleh buat kepala pecah. Doesnt matter you wife or husband, rasa-rasa macam tak cukup tu boleh cari apa-apa side gigs, or apa jua jenis bisnes/servis yang boleh dibuat untuk mendapatkan pendapatan dengan segera.
  • last point ni aku lupa apetah. Aku biarkan dahulu di sini. 

tiga : kebergantungan kepada Yang Maha Esa. Ada pelbagai amalan-amalan seperti amalan wajib, sunat, doa-doa yang boleh digunapakai ikut kesukaan masing-masing. Here in this blog aku share apa yang aku amalkan sebelum, semasa dan aku sedang plan untuk amalkan.

Topik ni paling berat pada aku. Sebelum ni aku cuma monolog dalam kepala otak sendiri berkenaan doa, atau amalan wajib sunat yang aku rasakan seronok untuk dibuat. Aku hamba penuh dosa dan hina tak layak nak cakap hal ni, tapi kot lah ada yang rasa-rasa macam terkapai, atau terawang-awangan sedikit boleh ikut or mungkin dengan blog ni boleh jadi sedikit panduan ke arah mana nak korang boleh follow and whatnot ðŸ˜Š

Itu jelah kot setakat ni. Otak aku pon cam tak cukup Oksigen dah ni sebab semalam aku buat side earn income aku sampai pkul 5am. Aku pikir nak tidur 'sekejap', sadly aku jaga jam 745am and of course aku masuk lambat office, 845am. Nasib baik office aku memang ada masa flexible boleh start kerja at 830-930am, hehe

Besar harapan aku untuk diadakan community bagi para isteri / bakal isteri yang mahukan group support. Different people, different upbringing. In my case, aku sulung, selalu orang akan ingat sulung ni mesti terpaling pandai masak dan menjaga rumah. TIDAK PADA  CASE AKU YA. Sebabnya masa baby sampai usia aku 12 tahun aku kerap athma, sangat mudah kena athma attack sampai aku sendiri tak banyak bergerak/bermain macam budak-budak lain. And of course, family members aku pon masatu especially makayah aku tak selalu minta pertolongan dari aku untuk apa-apa hal. Bunyi macam privilege kan? Tidak ya Puan-puan, tidak. Jadi jangan judge orang, ok?

Aku open kepada mana-mana individu untuk Q&A, aku prefer email dahulu buat masa ni. Tunggu jap aku nak set up beberapa perkara sebelum aku go for bigger scale jadi kita sama-sama boleh adakan komuniti/support grup seperti yang aku mention di atas. Email ke : syakierarusli@gmail.com untuk apa jua perkara berkenaan topik-topik aku sebut di atas.

Kot ada nak tanya berkenaan jadual memasak atau jadual house chores pon boleh email seperti di atas nun..

Tiada lain tujuan untuk aku jadikan blog ini untuk memberi sedikit kemudahan kepada siapa-siapa yang memerlukan. And as a Muslim, your faith come first before husband, anak-anak, and family members lain. Aku percaya kita mohon doa, selepas itu usaha cari untuk menjadi terbaik bagi mereka juga. TQ pada yang sudi membaca

Salam ~ 😊

Syakierah Rusli


No comments:

Post a Comment

Design Your Rich Life

Assalamualaikum wbkh, selamat hari raya haji semuaaaa Seperti di subjek, apakah pengertian hidup kaya bagi anda ? Ada orang hidup kaya berma...